Saturday, 17 September 2011

Remaja Raikan Ramadan 3R 2011

Tarikh: 13 - 14 Ogos 2011
Tempat: Masjid Selat, Bandar Hilir Melaka
Kehadiran:
Sekolah Menengah Ayer Keroh (11 L, 13 P)
Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah (23 L)
Sekolah Menengah Teknik Melaka (13 L, 8 P)
Sekolah Menengah Munshi Abdullah (7 L, 7 P)
Sekolah Tinggi Melaka (23 L)
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (1 L)
Sekolah Menengah (A) Sultan Muhamad (2 L)

Pengendali:
Abang Long Hanuar
Abang Chik Hazmir
Abang Nabil
Cikgu Rashid
Mak Sue Suriyati (Ibrah Perang Badar)
Ummi Kamariah (Ayat2 cinta)
Kak Sumayah dan fasi2

Kain Rentang digantung dengan megahnya di depan masjid selat

Merindui Ainaa'ul Mardhiyah

Rindu!..Ermm..hari ini rindu pada seseorang sudah menjadi kebiasaan pada anak muda kita. Bukankah rindu itu satu perasaan indah yang dianugerahkan Allah SWT pada kita. Namun, sejauh mana rindu kita itu satu anugerah Allah SWT atau sekadar perasaan dari nafsu amarah? Menjadi pemuda luarbiasa di sisi Allah, rindunya pada seseorang akan membawa kebahagiaan di syurga, persoalannya mampukah kita miliki rindu sedemikian? Mari kita belajar dari seorang remaja dan pemuda luarbiasa yang merindui Ainaa’ul Mardhiyah, bidadari syurga.
Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdul Wahid bin Zaid:
“Pada suatu hari ketika kami di dalam satu majlis persiapan untuk pergi berjihad, aku memerintahkan kawan-kawanku untuk keluar ke medan peperangan, lalu seorang daripada kami membacakan ayat 111 surah at-Taubah yang bermaksud:
“Sungguh Allah SWT telah membeli dari kaum mukminin jiwa dan harta mereka dengan di bayar syurga.”
Di dalam majlis itu ada seorang pemuda berumur 15 tahun. Beliau yang baru kematian bapanya telah menerima harta waris yang banyak telah berkata:
“Ya Abdul Wahid, aku bersaksikan padamu untuk menjualkan diri dan hartaku untuk mendapatkan syurga itu.”

Thursday, 1 September 2011

SUJUD KEMERDEKAAN

by Sumayyah Abdul Aziz on Wednesday, August 31, 2011 at 9:24am


Jendela Hikmah: LIMA ASAS PENTING REMAJA JIWA MERDEKA
Oleh Maryam Jailani (2007)

PADA saat rakyat seluruh negara membilang hari menjelang sambutan kemerdekaan yang ke-50 pada akhir bulan ini, ramai remaja masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan jiwa remaja merdeka. Lahir pasca merdeka terutama menyebabkan mereka hanya mendengar kisah kemerdekaan daripada generasi emas atau berusaha memahaminya menerusi rakaman yang masih tersimpan.
Sesungguhnya tidak. Mengapa? Kerana erti sebenar jiwa merdeka lebih daripada itu! Mengetahui erti sebenar jiwa merdeka serta batasnya, dan memahami nilainya yang sebenar boleh memberikan kita kesedaran betapa penting dan berharganya aset ini. Kefahaman ini memandu kita dengan jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan diberikan kepada kita.

'Eid Mubarak Menggamit Kita

by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Sunday, August 28, 2011 at 11:16am
http://zadud-duat.blogspot.com
Oleh: Dr. Ahmed ‘Assal

Hari Raya Eidul Fitri kini menggamit setelah kita selesai menunaikan kewajipan ibadah puasa dengan perasaan gembira yang dirasai oleh orang yang berpuasa, mendirikan solat dan qiam, bertilawah al-Quran, berzikir dan bertasbih, beriktikaf dan mendapatkan Lailatul Qadr. Firman Allah:

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur..”. (Al-Baqarah: 185)

Tahniah kepada orang-orang yang mendirikan Qiam kerana Allah menyebutkan tentang mereka di dalam firmanNya:

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang kami berikan”. (As-Sajadah: 16)

Tahniah kepada para mukminin yang disibukkan dengan urusan agama mereka dan kewajipan iman mereka. Mereka meyakini bahwa tanggungjawab membela kebenaran memenuhi pemikiran mereka, kebenaran juga menguasai diri dan kehidupan mereka..Mereka terikat dan bergerak dalam ruang lingkup agama mereka dan kebenaran mengikat kehidupan, kewujudan, masa depan, dunia dan akhirat mereka.