Wednesday, 21 November 2012

8 Tips Pratikal Bantu Palestine


Teringat kisah perihal seekor burung kecil yg terbang ulang alik membawa air dimuncungnya untuk memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim~ 
 semasa ditanya kenapa ia berbuat begitu sedangkan usahanya itu hanyalah "sia-sia" sahaja berbanding dgn api yg besar itu, jawabnya mudah sahaja~ ia berkata :

"..SETIDAK-TIDAKNYA JIKA DITANYA DI HADAPAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK, IA DAPAT MENJAWAB YANG IA TELAH BERUSAHA SEMAMPUNYA YANG IA BOLEH BUAT UNTUK MELAWAN KEBATILAN.."
 

Oleh itu marilah kita berbuat sesuatu bagi menunjukkan yang kita prihatin dengan saudara2 kita di Gaza Palestine.  Sekurang-kurangnya kita telah berusaha walaupun ianya terlalu kecil jika dibandingkan dengan perjuangan saudara kita di sana.


APA TINDAKAN KITA UNTUK BANTU SAHABAT DI GAZA

Apabila Allah menyeru agar kita usaha dan berjuang, di akhirat nanti Dia tidak akan bertanya berjayakah kita? Dia akan tanyakan kembali BERUSAHA kah kita?

Cakna diri semula, apa usahamu untuk palestine? adakah hanya sekadar marah? memaki hamun perbuatan laknatullah Israel?

Jangan kita mnjadi mereka yang tidak peduli akan tanah Gaza yang mana di Akhirat nanti para Syuhada yang syahid mmpertahan kan Al-Aqsa KITA bertanya balik kepada kita di Masyar nnt ''APA YANG SUDAH KAU LAKUKAN UNTUK MMPERTAHANKAN AL AQSA KITA? MEMBELA NASIB SAUDARA SEAGAMA KITA?"


BACALAH LUAHAN HATI SEORANG anak palestine Fathi Abzinah kepada mereka yang MASIH TIDAK PEDULI Palestine. Allah... T.T

''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.

Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini.

Kamu tahu,kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?

Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.

Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“ YA ALLAH, MEREKA SAUDARA KAMI TETAPI MEREKA TELAH MEMBIARKAN KAMI!.”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''

MOOD: SEBAK N SENTAP! Allah..... T.T

Apa Khabar Palestine hari nie? dah cek belum? Leh terus meluru laju ke pageAqsa Syarif untuk info2 terkini!

Ayuh terus tembak doa! O Allah save gaza#


Monday, 19 November 2012

Tentera Israel Pengecut

Benarlah bahawa Al-Quran itu datang daripada Allah dengan membawa bukti yang jelas lagi nyata.  Gambar di bawah ini membuktikan bahawa tentera Israel memang pengecut seperti Allah ceritakan dalam surah Hasyr (59) ayat 14 yang bermaksud:
"Mereka tidak akan memerangi kamu (secara) bersama-sama, kecuali di negeri-negeri yang berbenteng atau di balik tembok.  Permusuhan antara sesama mereka sangat hebat.  Kamu kira mereka itu bersatu padahal hati mereka terpecah belah.  Yang demikian itu kerana mereka orang-orang yang tidak mengerti.





Kenapa Kita Perlu Boikot McDonald?



Orang barat lebih concern tentang kezaliman ZIONIST berbanding org Islam di Malaysia,tak sedar atau mmg taknak sedar?

Resolusi peserta Kem Remaja Kental 2012

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar Ra'd : 11)

Kem Remaja Kental anjuran Ikramteens Melaka telah berjaya dilaksanakan pada 15 - 16 Nov 2012 di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka.  Berikut adalah hasil resolusi kem yang dibuat sendiri oleh peserta mengikut kumpulan masing-masing.  Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka agar beristiqamah beramal.

Daripada: 
Nur Fatin Binti Muhammad, Nur Syeera Syazanie Binti Mazni, Nazihah Binti Idris, 
Nor Madhirah Binti Nordin, Nur Hayati Binti Mohd Husni, Siti Nur Mardhiah Binti Kassim.

KEM REMAJA KENTAL 2012

Tarikh: 15 - 16 November 2012
Lokasi: Taman Botanikal Ayer Keroh dan Taman Rekreasi Ayer Keroh
Peserta: 18 lelaki dan 17 perempuan


















Kem Remaja Kental merupakan satu program anjuran IkramTeens Melaka sempena dengan cuti akhir tahun.  Tema kem adalah 'From Zero to Hero'.  Kem ini bertujuan melonjakkan peribadi remaja daripada biasa menjadi luar biasa.  Kemampuan remaja terbatas? Itu bukan masalah! Sebab bila di tengah keterbatasan itu mereka mampu mengubah atau mentransformasikan diri untuk meraih prestasi yang lebih tinggi lalu menjadi remaja cemerlang dan terbilang.  Zero to Hero!

Saturday, 17 November 2012

Berita Penyerangan Zionist Yahudi ke atas Gaza

Rabu 21 November 2012
Adik kecil ini bernama Mohammed Naim dan doktor yg memegangnya itu adalah ayahnya. Diceritakan bahawa ayahnya terlalu sibuk di Hospital As-Shifa sehinggakan tidak berpeluang melihat anaknya sejak 8 hari yg lalu, tetapi hari ini beliau akhirnya melihat anaknya yg telah syahid akibat serangan bom ke atas rumahnya.

Selasa 20 November 2012

Angka korban dan kemusnahan angkara  tentera rejim Israel.

Ini bukan pertunjukan bunga api.....Ini adalah pengeboman di Gaza oleh Israel.  Gaza memerlukan doa. Mohon doa untuk mereka..

They are targeting our children...They are baby killers!  The most painful scene in Gaza today 19.11.2012...  May the Zionist never know a moment of peace!