Saturday, 17 November 2012

Kecil-kecil jadi Mufti

Suatu hari, di Masjidil Haram seorang guru tengah menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya.  Guru tersebut mengajar anak muridnya dengan jelas bahan bidang fiqah, muamalah, jenayah dan hukum-hukum kriminal.  
Namun ada yang ganjil dalam majlis itu.  Guru itu kelihatan jauh lebih muda daripada murid-muridnya.  Bahkan di tengah proses pengajaran, ia sempat meminta izin untuk minum, sedangkan waktu itu siang di bulan Ramadan.  Ada murid yang membantah perbuatannya itu lalu bertanya, "kenapa anda minum, padahal ini kan bulan Ramadan?" Ia menjawab dengan selambanya, "Aku belum wajib berpuasa." 


Siapakah Guru tersebut? Ia adalah Muhammad Idris Asy Syafi'i yang lebih kita kenali sebagai Imam Syafi'i.  Maknanya pada umur yang belum baligh Imam Syafi'i sudah menjadi ulama yang disegani.  Umur 9 tahun sudah hafal Al-Qur'an.  Usia 10 tahun isi kitab Al Muwatha' karya Imam Malik yang berisi 1,720 hadits pilihan juga mampu dihafalnya dengan sempurna.  Pada usia 15 tahun beliau telah menduduki jabatan mufti kota Makkah, sebuah jabatan yang berprestij pada masa itu.  Bahkan beliau sudah mengungguli dalam bidang bahasa dan sastra Arab, hebat dalam membuat syair,  jagoh qiraat, serta diakui memiliki pengetahuan yang luas tentang adat istiadat Arab yang asli.   Subhanallah.




Renungan:
Imam Syafii muda mempercepatkan usahanya mencari ilmu pada usia yang sangat muda sehingga hidupnya selalu terisi dengan prestasi tinggi.Pada usia kita sekarang ni, ilmu apakah yang kita dah kuasai?  Berapa peratus quran kah kita sudah hafal? Kita mungkin tak boleh mengejar pencapaian Imam Syafi'i dalam menguasai ilmu.  Namun kita boleh mengambil semangat mencari ilmu sehingga masa mudanya dipenuhi dengan aktiviti belajar.  Sempena cuti ni, kita peruntukkan masa kita untuk mencari ilmu selain daripada ilmu akademik.  Sudah pasti ada anak-anak yang mengambil kelas tuisyen bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran yang terlibat dengan peperiksaan. Teruskan usaha yang baik itu.  
Cari masa untuk membaca ilmu berkaitan isu-isu semasa melalui suratkhabar dan majalah berfaedah seperti Gen-Q, Jom dan Solusi.  Inilah peluang bagi kita membuka minda dan meningkatkan tahap pemikiran kita dengan membaca.  




Tidak lupa juga untuk kita membaca Al-Quran dan terjemahannya.  Di samping mengejar pahala kita juga dapat mendekatkan  hubungan kita dengan Allah.  In syaa Allah hati akan menjadi tenang.  Barulah cuti kita dipenuhi dengan masa yang berkualiti yang akan membuat ibu ayah kita tersenyum lebar dan bangga punya anak macam kita..

No comments:

Post a Comment