Monday, 30 May 2011

Sepetang Bersama Kak Aisyah

Tarikh: 30 Mei 2011
Masa  : 2.30 - 4.30 ptg
Tempat: Pejabat IKRAM Melaka
Kehadiran:
11 lelaki    0 perempuan
Pengendali: Aisyah Bt Rozali (IkramTeens Shah Alam)

Buat julung kalinya pewaris IKRAM Melaka berjaya menganjurkan satu program sempena cuti sekolah. Tajuk program ialah 'Pengajaran daripada Ikan Salmon'.
Kak Aisyah sebagai pengendali yang mantap.

Keindahan Bersamamu SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban

Tarikh : 28 - 29 Mei 2011
Tempat: SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan
197 peserta

REMAJA PEWARIS TAMADUN


by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Monday, May 30, 2011 at 8:17pm
Assalamaualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Allah swt menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan dan menjadikan peringkat usia muda dalam hidup manusia sebagai sebaik-baik keadaan. Pada tempoh usia yang tersebut, manusia mengalami suatu zaman di persada kemuncak kekuatan mereka.

Pemuda adalah individu yang merupakan sebahagian dari masyarakat dan pemuda adalah salah satu individu pilihan yang :

  1. Paling banyak sumbangannya dalam masyarakat.
  2. Paling dinamik.
  3. Paling berpengetahuan.

Sunday, 29 May 2011

Pelancaran IkramTeens

IkramTeens telah selamat dilancarkan pada hari Sabtu 28 Mei 2011. Seramai 1300 ahli ikramteens hadir memenuhi dewan Sek Sultan Alam Syah, Putrajaya. 

Monday, 23 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI IBU

Tarikh: 17 Mei 2011 (Selasa)
Tempat: Masjid Saidina Ali, Bukit Katil Melaka
Masa  : 10 - 12.30 pm
Anjuran IkramTeens Melaka

Majlis pelancaran ikramteens peringkat pusat

Assalamualaikum wrt.............

Menemui ikhwah dan akhwat al-ikrami seluruh Malaysia dan seantero dunia.


IKRAMTeens Satu Pengenalan :
IKRAMTeens ialah sebuah Kelab Remaja di bawah naungan 
Pertubuhan IKRAM Malaysia ( IKRAM )
Misi IKRAMTeens ialah untuk membentuk remaja yang 
menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul
dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang
komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan,
mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat
kepada masyarakat dan negara.


Pelancaran IKRAMTeens

InshaAllah, pihak Sekretariat Remaja IKRAM Pusat akan mengadakan Pelancaran IKRAMTeens di peringkat pusat sebagai langkah awal untuk memperkenalkan IKRAMTeens kepada remaja, masyarakat dan juga aggensi-agensi yang terlibat dengan remaja. Butiran mengenai Pelancaran adalah seperti berikut.


Tarikh :
28 Mei 2011 (Sabtu)

Masa :
8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi :
Sekolah Sultan Alam Shah , Putrajaya.

Sasaran :
Remaja 13 - 19 tahun.
(Sasaran remaja dari KL, Selangor, Perak, N.Sembilan & Melaka)
(Dalam masa yang sama, kami juga membuka peluang kepada remaja dari negeri selain dari 5 negeri di atas)


Aktiviti :

Ucapan Presiden IKRAM
Persembahan live Haraki Band " Izzatul Islam"
Talk by : Ustaz Hasanuddin
Wall Creativity
Pameran IKRAMTeens
Pelbagai lagi....


Yuran :
Percuma

Bagi peserta Melaka, sila berkumpul di perkarangan Masjid Al-Alami (MITC) jam 6.45 pagi. Rombongan daripada Melaka akan menaiki bas ke PutraJaya.

Pihak kami mensasarkan kehadiran 1000 remaja bagi menjayakan program ini.


Pihak kami mengharapkan doa dari ikwah/at agar program ini berjalan lancar dan dapat mendekatkan IKRAMTeens di hati para remaja sekalian.