Tempat: SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan
197 peserta
Pengendali:
Abang Long Hanuar Mohd Talib (Knowing Me Knowing You, Meniti Angin Malam, IbuBapa)
Abang Nabil (InTeam, Hijrah)
Abang Chik Hazmir (KMKY, MAM 2, Hijrah)
Abang Amir Naufal (camareman + video editor)
Ummi Kamariah (pilot)
Maksue Suriyati (pilot + video editor)
Pemuda Melaka sekali berpeluang untuk membuat amal melalui program Keindahan Bersamamu. Kali ni agak berbeza sedikit kerana sewaktu army yell tiada abang dan kakak2 fasi kerana semuanya gi ke pelancaran Ikramteens kat PutraJaya. Setiap kumpulan ada lebih kurang 24 orang. Rupanya bila ramai-ramai ini, mereka dapat hasilkan satu persembahan Army Yell yang lebih kreatif dan mantap. Agak sukar juga untuk 'mencairkan' hati adik-adik kasih dan sayang tanpa bantuan fasi. Almaklumlah tak dapat balik bercuti dan tak dapat tengok final bolasepak MU lawan Barcelona. Alhamdulillah dalam sharing bersama ibu bapa, seorang pelajar menyatakan bahawa mereka begitu beruntung dapat hadir ke program ni dan mereka rasa tak rugi apa2 pun. Mereka bersyukur kerana masih berpeluang untuk bertaubat dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka. Semoga perubahan diri mereka ini akan berkekalan.
Satu lagi perkara yang menarik ialah kehadiran seorang jaga di sepanjang program hari sabtu. Sewaktu slot Inteam, abang jaga ni mengalirkan airmata bila mengaminkan doa daripada Nabil. Waktu MAM beliau datang juga walaupun tidak bertugas lagi. Ya Allah, Engkau memberi hidayah kepada siapa saja. Kita target pelajar rupanya insan lain juga menumpang mendapat hidayah. Semoga abang jaga ni akan sentiasa diberkati Allah.
Satu tekad oleh anak2 sayang
Satu tekad oleh anak2 kasih
Persembahan Army Yell yang mantap sekali.
Army Yell daripada anak2 kasih
Seronoknya....
Happy nya...
Abang Chik
Abang Long
Abang Nabil
Ummi Kamariah & Maksue + fasi
Inteam Kasih
Inteam Sayang
Mencurah azam kepada ibuayah
Ya Allah, aku ingin berubah menjadi hambaMu yang lebih baik.
Sesi pertemuan anak dan Ibuayah
No comments:
Post a Comment