Masa : 2.30 - 4.30 ptg
Tempat: Pejabat IKRAM Melaka
Kehadiran:
11 lelaki 0 perempuan
Pengendali: Aisyah Bt Rozali (IkramTeens Shah Alam)
Buat julung kalinya pewaris IKRAM Melaka berjaya menganjurkan satu program sempena cuti sekolah. Tajuk program ialah 'Pengajaran daripada Ikan Salmon'.
Kak Aisyah sebagai pengendali yang mantap.
Persembahan daripada Amir Fyrdaus
Putera lebih dominant daripada puteri.
1. Apakah yang Allah buktikan kepada kita daripada ikan salmon?
2. Sebagai pendakwah muda, apakah perkara yang boleh dilakukan untuk menjadi lebih hebat dari ikan salmon?
Berikut adalah jawapan sebagai panduan kepada kita.
kumpulan 1:
- Membuktikan bahawa setiap makhluk di dunia ini mempunyai tugasan masing-masing
- usaha dan istiqamah dalam mencari kejayaan
- setiap amanah dan tanggungjawab mestilah disempurnakan walaupun dalam keadaan susah atau senang
- Hidup adakalah senang dan ada ketika susah.
- Sebagai manusia, kita mempunyai akal dan fikiran. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan akal tersebut untuk bukan sekadar mengingatkan diri sendiri, malah mengingatkan semua orang yang berdekatan dengan kita tentang tujuan hidup.
- Banyakkan beribadat
- Hidup bukan seorang. Oleh itu kalau boleh pastikan semua yang berdekatan dengan kita turut berjaya bersama kita...
- Kita sebagai manusia dilahirkan di muka bumi ini supaya menjadi khalifah untuk diri dan semua manusia lain yang berada di sekeliling kita. Seorang khalifah hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang cukup. Jadi, seorang khalifah hendaklah mengembara untuk mencari ilmu dan pengalaman yang akan digunakan untuk menjadi khalifah. Ini dapat dicontohi daripada ikan salmon yang apabila dilahirkan lepas itu akan mengembara merentas samudera menjadi seekor ikan salmon dewasa.
- Apabila ilmu dan pengalaman sudah cukup seorang khalifah akan kembali ke tempat asalnya untuk menyebarkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi kepada orang lain. Tetapi banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi dulu untuk mencapai hasrat tersebut. Seperti ikan salmon, ia akan kembali ke tempat asalnya iaitu kawasan cetek untuk membiak. Tetapi ikan salmon itu perlu menempuh pelbagai cabaran dahulu untuk sampai ke destinasi. Contoh cabaran seperti melawan arus dan menjadi makanan makhluk ciptaan Allah yang lain apabila sampai ia akan membiak. Telur yang dibiakkan umpama orang yang berjaya di mana ilmu dan pengalaman yang berjaya disampaikan kepada orang lain
Kumpulan 3
- Bertanggungjawab untuk menunaikan amanah Allah yang telah dipertanggungjawabkan kepada manusia
- Sabar, tabah dan syukur untuk melaksanakan amanah Allah
- Berkorban untuk berdakwah di jalan Allah
- Tidak berputus asa menempuh cabaran dan dugaan daripada Allah
- Tidak takut untuk menegakkan agama Allah
- Menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah
- Tidak takut berdakwah di jalan Allah.
- Kita mestilah berusaha dengan menghadapi dugaan dan cabaran untuk mencapai kejayaan kita
- Untuk menjadi lebih baik daripada ikan salmon itu, kita mestilah menggunakan akal kita kerana Allah memberi akal kepada manusia sahaja. Haiwan tiada akal.
- Kita mestilah menggunakan ilmu kita yang kita terima untuk lebih baik daripada haiwan. Ketika belajarlah untuk menambahkan lagi ilmu yang kurang pada diri kita.
Kumpulan 5
- Setiap yang hidup pasti akan mati
- Allah cuba sampaikan supaya kita seperti ikan salmon iaitu patuh kepada suruhan Allah
- Berusahalah dengan lebih gigih
- Banyakkan beribadah kepada Allah
- Setiap manusia akan menuruti setiap tuntutan sunatullah yang telah ditetapkan oleh Allah
- Kesabaran dan ketabahan ikan salmon dalam menempuh liku-liku cubaan dan dugaan walaupun terpaksa mengorbankan diri sendiri.
- Berdikari dan berikhtiar bagi meneruskan kehidupan untuk mendapatkan keredhaan Allah.
- Berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu yang diinginkan.
- Tidak menghiraukan caci-makian orang lain sebaliknya menjadikan cacian itu sebagai kata semangat untuk terus mencapai kejayaan dalam kehidupan.
- Beristihad dalam melakukan semua suruhan Allah termasuklah solat-solat, berpuasa sedekah dan lain-lain lagi.
- Mengamalkan konsep-konsep amal ma'aruf nahi mungkar dalam kehidupan seharian.
- Beristiqamah dan tidak mudah berputus asa dalam melakukan da'wah di jalan Allah
- Berakhlak mulia untuk mendapatkan mardhiatihah dan menjadi qudwah hasanah seterusnya dapat melakukan da'wah kepada rakan taulan
- Mengenepikan gangguan dan kata-kata orang lain dalam usaha dakwah yang kita lakukan.
No comments:
Post a Comment